Apa Itu Leptospirosis

Date 20 May 2009 | Topic: INFO PENYAKIT

Leptospirosis merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh bakteria leptospira yang biasanya menjangkiti tikus...
PENYEBAB

Tikus merupakan perumah pertama yang dikenalpasti sebagai pembawa bakteria ini. Leptospirosis kemudiannya merebak kepada manusia secara terus melalui air kencing haiwan ini yang telah dijangkiti oleh bakteria leptospira atau melalui perumah kedua iaitu haiwan mamalia lain seperti anjing, rusa, arnab, tupai dan haiwan ternakan seperti lembu, kambing, kuda dan kerbau yang telah dijangkiti oleh penyakit ini. Leptospirosis juga boleh merebak kepada manusia lain melalui darah yang dijangkiti virus ini dan juga cecair badan.


Bakteria Leptospera

GEJALA

Seseorang yang dijangkiti bakteria leptospira biasanya akan mengalami gejala seperti demam yang tinggi, sakit kepala, sakit otot, muntah dan merah mata. Walaubagaimanapun, terdapat juga pesakit yang tidak mengalami gejala yang disebutkan dan ini menyukarkan diagnosis.

Penderita Leptospirosis yang parah akan mengakibatkan kepada kegagalan ginjal, kerosakan hati yang mengakibatkan penyakit kuning (jaundice), pendarahan kulit serta boleh mengakibatkan pembengkakan selaput otak (miningitis). Pesakit akan menunjukkan simpton ini dalam tempoh 4-14 hari tempoh matang. Kematian akan berlaku sekiranya pesakit lewat menerima rawatan.

PENCEGAHAN

Untuk individu yang berinteraksi secara langsung dengan pesakit atau haiwan peliharaan :

1. Gunakan pelindung seperti sarung tangan, masker, pelindung mata, jubah steril dan kasut kedap air;
2. Tutup luka pada kulit;
3. Bersihkan badan setelah melakukan sebarang aktiviti (mandi, cuci tanga dan kaki);
4. Cuci tangan sehingga bersih sebelum anda makan.

Kepada yang lainnya :

1. Elakkan berenang atau bermain di air yang kotor kerana dikhuatiri tercemar oleh bakteria leptospira;
2. Tutup luka agar kedap air ketika mengendalikan tanah, air atau lumpur;
3. Cuci tangan dan tempat makan sebelum digunakan;
4. Jaga kebersihan lingkungan persekitaran agar tiada genangan air dan jauhkan barang-barang dari tikus.

Segera lakukan pemeriksaan di hospital berdekatan sekiranya anda mengalami gejala yang disebutkan di atas.



This article comes from Laman Web Rasmi Hospital Bukit Mertajam
http://hospbm.moh.gov.my

The URL for this story is:
http://hospbm.moh.gov.my/modules/news/article.php?storyid=26